BE MY FOLLOWERS. I LOVE YOU Domo-kun Staring

Tuesday, May 14, 2013

Dugaan itu dirasai oleh SEMUA.

 









Sometimes I need a break. But I don't know which way to turn to..







Assalamualaikum..

Harini dah masuk 14 haribulan 5 tahun 2013. Niat di hati nak mulakan study di awal 1 May supaya tidaklah stress bila nak dekat2 final nanti.. Tapi segalanya bagaikan tak sempat. Dugaan demi dugaan, task demi task, homework demi homework muncul bagaikan merobek-robek hati ini. Menghiris-hiris urat-urat di kepala. Bukan tak boleh membahagikan masa dengan sempurna, tapi seolah-olah masa itu dicuri dengan rakusnya. Kebelakangan, aku merasakan kesempitan yg amat. Pelbagai isu perlu disetlekan. Keseronokan yg menjadi keperluan sudah aku ronyok-ronyokkan masuk dalam tong sampah UPSB. Terbaru, sakit pula datang menghimpiti. Rasa mcm nak tggal semua ini........lariiiiii balik rumah tonton tv. Itu hanyalah angan-angan mat jenin.

Kadang-kadang bila adanya masa free, terasa benar ingin memanjakan diri untuk berehat sepuasnya. Namun rehat itu adalah sangat tidak berkualiti kerana minda masih dikuasai oleh kuasa jahat mimpi2 ngeri yang mengingatkan aku pada kerja2 yang belum disetlekan. Apakah indah rasa rehat itu jika fikiran masih melayang2..kenikmatan tidak diterasai ?

Maybe diri ini type yg sukar nak deal with problem.. Due to that, I've had try doing a test with 'netdoctor' Not surprising, aku dah dijangkiti depression dah wehh .HAHAHA *like always
Paham sefahamnya level stress dan cara menghadapi masalah adalah berbeza bagi setiap insan.Selalu juga mmbandingkan diri dgn yg lain. Mana yg baik ak contohi, aku pelajari. Tapi selalu mndapati dri ini sllu jauh ke blkang. Dan aku difahamkan zaman kerja adalah jauh lebih stress jika dibandingkan dengan zaman belajar. Sedangkan aku menunggu masa xsabar habisnya belajar, dan memulakan hidup sebagai seorang pekerja. Mengapa semakin dewasa, kehidupan ini semakin mencemburui.

Masih ku ingati beginilah detik-detik nak menghadapi final di matrikulasi dulu. Jauh berbeza diri ini dari yg dulu. Waktu exam sj baru aku cari buku. Tapi itu tidak mengapa. Tidak menjadi masalah. Sakit pun xdatang menjenguk. ALHAMDULILLAH. Betapa aku bersyukur. Stress yg dialami tidak setanding apa yang dirasai sekarang. Siang lepas balik exam tidur mengisi ruang waktu. Malam mulakan study sampai pagi dari kulit buku ke kulit buku. Almaklumlah pergi kelas serupa xbelajar. Mungkin juga 4 subjek dan jangka masa menjalani peperiksaan hanyalah seminggu mmbuat kegusaran yang dialami tidak mengambil masa yang lama. Indah juga saat itu bila terkenang. Ketakutan yang dirasai dikongsi bersama sahabat handalan. Sama-sama senang sama2 susah. sama-sama start, sama2 habis. Bila ketakutan menjemput hati, sama2 ambil wudu' solat hajat dikerjakan walaupun xselalu. Biarpun xramai, 2 3 mampu mengisi ruang hati kerana persamaan yg ada.

Di sini, di U ini, pointer mula menjadi ukuran pada diri. *Takoooottt sangat pointer drop! Sungguh benar xingin mengukur kebolehan diri dengan pointer yang diperolehi. Kalau tidak sbab ingin menyedapkan hati ini dengan memperoleh sesuatu yg boleh melegakan, tidak ak peduli semua ini. Walau benar hati percaya bahawa rezeki itu telah ditentukan Allah. Rezeki Allah itu lebih besar, tahap kerisauan tetap mengatasi usaha. Betapa nak sangat xrisau mcm dulu. nak sangat xpeduli mcm yg lalu. Masa telah merubah segala.

Apa yang pasti lepas berlalunya segala ini, pasti cepat ak melupakan segala keperitan ini. Manusia katakan. Bila senang lupa segala susah. Jalan itu mungkin masih panjang. Mungkin juga untuk meluaskan jalan itu, segala iktibar semasa belajar harus dijadikan panduan untuk terus lebih majujaya. Sekian.

No comments:

Post a Comment